Diami yang merupakan ketua kumpulan tiga penunggang ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ berkata, dia bagaimanapun menguatkan semangat dan menggagahkan kudrat untuk melengkapkan misi tersebut dengan jaya.

Menurutnya, ketika ini dia dan dua lagi ahli kumpulan itu berada di kawasan perkampungan Majma’ah yang terletak kira-kira 650 kilometer dari Kota Madinah.

“Kami berehat seketika di sini dan akan menyambung perjalanan untuk ke Madinah hari ini.

“Dari Madinah pula, kami akan terus ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah dan kembali semula ke Madinah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Diami dan dua rakannya Mohamad Zalani Zulkifli,64, serta Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, diraikan oleh Kelab Rakyat Malaysia Riyadh (KRMR).

Yang turut hadir, Presiden Md. Baithori Kamdi dan wakil konsulat Malaysia Ahmad Irham Ikmal Hisham.

Diami dalam pada itu memberitahu, mereka bertiga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan tidak sabar mahu menyambung misi tersebut secepat mungkin. - UTUSAN ONLINE