Pengerusinya, Shamsudin Mohd. Noor berkata, pendedahan tersebut secara berterusan merupakan salah satu bentuk persediaan untuk menghadapi musim banjir tahun ini.

“Pendedahan ini penting untuk memastikan tahap kecekapan ahli yang mengendalikan bot berada pada tahap terbaik.

“Ini membolehkan ahli tidak panik apabila berdepan cabaran ketika menyelamatkan mangsa banjir,” katanya kepada pembe­rita pada majlis penyerahan bot sumbangan Espex Sdn. Bhd. dan kursus pengendalian bot di Tasik Danau Tok Uban, di sini hari ini.

Shamsudin memberitahu, ini merupakan sumbangan kedua bot yang diterima oleh Res’K.

Katanya, sebelum ini, pertubuhan itu menerima sebuah bot sumbangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

“Res’K mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana memberikan sumba­ngan bot ini kepada kami. Sumba­ngan ini amat besar ertinya terutamana dalam menjalankan tugas-tugas ketika musim banjir,” ujarnya.

Shamsudin berkata, sehingga kini Res’K sudah mempu­nyai lapan buah bot untuk tugas membantu ketika musim tengkujuh.

Katanya, enam buah bot itu adalah milik ahli Res’K yang sedia untuk digunakan sebaik sahaja banjir berlaku.