Presiden PV ATM Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, agihan bantuan tersebut membabitkan seramai 322 penerima yang mana setiap seorang daripada mereka menerima RM300.

Menurutnya, bantuan tersebut bagi meringankan beban golongan veteran yang terjejas dengan banjir.

"Kita berharap bantuan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada veteran yang terlibat.

"Ini merupakan bentuk penzahiran terima kasih terhadap sumbangan yang telah mereka hulurkan ketika menggalas tugas sebagai anggota tentera," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE