Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim, pusat komersial tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan CIC fasa II yang dijadual bermula bulan ini dan mengambil masa kira-kira empat tahun.


Katanya, projek tersebut melibatkan dua infrastruktur tambahan iaitu sebuah kompleks bangunan empat tingkat serta chalet eksklusif untuk pelawat.


“Kompleks bangunan ini mengandungi dewan, serba guna, sebuah sekolah rendah agama, ruang untuk bersukan dan sebuah kolam renang termasuk kolam renang tertutup untuk wanita.


“Dalam kompleks sama, kita akan menempatkan ruang khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk keluaran mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Menginsafi Musibah di CIC, di sini hari ini.


Dalam program sama turut diadakan majlis pecah tanah projek pembangunan CIC Fasa II yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Murtadha Abdullah.


Pada 2 Jun lalu, negara digemparkan dengan pemergian tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah rumah di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai. - UTUSAN ONLINE