Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PPIM anjur kempen bersih pantai

FARED ABDUL GHANI (duduk tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa masjid  dalam majlis ramah mesra
FARED ABDUL GHANI (duduk tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa masjid dalam majlis ramah mesra bersama Orang Diparol (ODP) di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 6 Ogos – Lebih 100 ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan dan Orang Diparol (ODP) dijangka menyertai Kempen Membersih Pantai Cahaya Bulan, 9 September ini.

Presiden PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr. Fared Abdul Ghani berkata, kempen yang pertama kali diadakan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Penjara dan ODP di Bachok, Tanah Merah, Kota Bharu dan Kuala Krai.

Beliau berkata, program itu bermatlamat memberi ruang kepada ODP mendekati masyarakat dan mereka tidak rasa tersisih serta terbiar.

“Menerusi kempen ini, ahli PPIM berpeluang menjalinkan hubungan kerjasama dengan ODP terutama menangani pelbagai isu membabitkan kebersihan alam sekitar.

“Walaupun kempen ini tidak seberapa, namun kami percaya mampu dijadikan langkah pertama mempromosi kesedaran perlunya menjaga alam sekitar di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama ODP dan yang turut hadir Ketua Rumah Parol, Raja Amazon dan Iman Masjid Mukim Landak, Hassan Dolah.

Tambah Fareed, PPIM sentiasa komited melindungi alam sekitar kerana mereka percaya usaha sedikit jika dilakukan secara berterusan mampu membawa satu perubahan besar kepada masyarakat dan dunia.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya berharap ODP sentiasa positifkan keadaan serta sering menganggap kesilapan lampau tidak berulang lagi dan sebagai pengajaran bila bebas kelak.

“Kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen ini amat dialukan dan pihak kami akan turut mengedarkan borang keahlian PPIM,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain