Presidennya, Walizah Amri Wahab berkata, skuad tersebut terdiri dari anggota PPIK di seluruh negeri dan berperanan sebagai sukarelawan.

"Skuad ini bukan hanya berfungsi untuk banjir sahaja, tetapi skopnya adalah lebih luas membabitkan komuniti, sebab itu kita namakannya sebagai skuad amal.

"Oleh kerana sekarang ini musim tengkujuh, maka kita bersedia menghadapi kemungkinan banjir.

"Jadi, pada musim begini kita akan fokuskan kerja-kerja amal untuk membantu mangsa yang terlibat banjir," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Walizah berkata, pejabat PPIK yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, dekat sini akan bertindak sebagai pusat pengumpulan barangan yang disumbangkan oleh orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa sekiranya berlaku banjir.

Dalam pada itu, beliau menyeru kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta dan orang ramai bersama dengan PPIK untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Tambah beliau, selepas berakhirnya musim tengkujuh nanti, PPIK akan memperluaskan skop pendekatannya bagi mendekatkan lagi pergerakan itu dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kita akan rancang pelbagai program dalam merealisasikan visi serta misi penubuhan skuad ini," katanya. - UTUSAN ONLINE