Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, promosi itu sempena pelancaran program Kelantanku Bersih yang akan diadakan pada Khamis ini di Dataran Bandaraya Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Beliau berkata, promosi tersebut bagaimanapun khusus untuk tunggakan kompaun letak kereta yang dikeluarkan sebelum 15 Oktober 2018 sahaja.

“Orang ramai hanya perlu membayar RM5 sahaja bagi setiap keping kompaun yang tertunggak sebelum tarikh tersebut.

“Peluang ini tidak patut dilepaskan bagi mengelak dikenakan bayaran denda lebih tinggi,”katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Azman berkata, promosi pada hari Khamis itu berlangsung bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 1 tengah hari. - UTUSAN ONLINE