Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pondok al-Munawarrah tawar pengajian al-Quran

SEBAHAGIAN pelajar yang menamatkan pengajian al-Quran menerusi
SEBAHAGIAN pelajar yang menamatkan pengajian al-Quran menerusi program intensif cuti sekolah di pondok al-Munawarrah, Padang Lati, Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

BACHOK 7 Sept. – Pondok al-Munawwarah, Padang Lati, dekat sini, memperluaskan khidmat so­sial dan peningkatan syiar Islam dengan membuka peluang orang ramai untuk mempelajari ilmu al-Quran.

Pengerusi pondok berkenaan, Abu Hamzi Abu Abdullah berkata, pondok itu secara lazimnya me­ngajar ilmu tauhid, fekah, tasawwuf. tafsir, hadis, nahu dan soraf namun memberi penekanan terhadap bidang penghafalan al-Quran serta pembacaan mengikut tajuwid yang betul.

Beliau berkata, pengurusan pondok sentiasa membuka pe­luang kepada mana-mana individu yang berminat untuk mengikuti modul pengajian sebagaimana yang ditetapkan.

“Pengurusan pondok sentiasa mengadakan kem intensif cuti sekolah bagi membolehkan pelajar sekolah harian biasa masuk ke pondok pengajian untuk belajar al-Quran.

“Ilmu yang diajar bukan sekadar untuk dihafal tetapi untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Abu Hamzi berkata, pengurusan pondok berkenaan turut memberi fokus terhadap adab beramal ibadat dan adab belajar bagi memberi kefahaman yang hakiki serta keberkatan ilmu yang diperolehi.

Dalam pada itu, Abu Hamzi berkata, pihak pengurusan surau al-Munawwarah juga masih me­merlukan sumbangan bagi pe­nambahbaikkan bangunan untuk keselesaan pelajar yang semakin bertambah.

“Pengurusan surau sedang berusaha memperluaskan ruang solat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai selain keperluan membiayai bil eletrik dan air serta menaja pengajian anak-anak yatim,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan ikhlas boleh menghubunginya di talian 016-6852031, melawat secara terus ke pondok berkenaan atau menerusi akaun Maybank 553083023547.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain