SHEIKH AHMAD DASUKI SHEIKH MOHAMMAD
SHEIKH AHMAD DASUKI SHEIKH MOHAMMAD

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohammad berkata, program yang bakal berlangsung pada Ahad ini merupakan manifestasi kecintaan badan berkenaan dalam dunia pendidikan.

“Bagi POKB pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam melahirkan golongan bijak pandai untuk meneruskan legasi kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Bukan itu sahaja, pendidikan merupakan platfrom terbaik dalam mengubah masa depan keluarga dan pelajar itu sendiri. Jadi sebab itulah kami tampil dengan memperkenalkan program ini bantu melonjakkan lagi bidang pendidikan khusunya di luar bandar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sheikh Ahmad Dasuki memberitahu, perasmian program itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, program tersebut juga turut dimeriahkan dengan pemeran oleh agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia (APM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pemeriksaan kesihatan.

“Kita turut sediakan unit bergerak Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) untuk urusan penduduk setempat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE