Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, kutipan tersebut bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan sempena sambutan perayaan itu.

Menurutnya, bagaimanapun sebanyak RM20,000 hasil kutipan tersebut akan disalurkan bagi menjayakan pembinaan Kelas Abad Ke-21 di SJKC Kai Chih, Pasir Puteh.

“Apa yang kami lakukan merupakan salah satu bentuk sumbangan POKB dalam membantu pelajar-pelajar di SJKC di negeri ini.

“Kutipan ini kita jalankan menerusi pembelian tiket untuk majlis tersebut bernilai RM70 setiap satu,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sheikh Ahmad memberitahu, program tersebut turut mendapat kerjasama Pertubuhan Tiong Hwa Wanita Kelantan.

Katanya, orang ramai yang berminat menjayakan majlis tersebut boleh menghubungi Dany Tan di talian 019-9823227. - UTUSAN ONLINE.