Mohamad Rafezi Ali Roslan, 28, yang didapati menghidap penyakit tersebut pada September lalu kini hanya bergantung harap kepada rawatan kemoterapi untuk meneruskan hidup.

Ketua Ahli Muda POKB, Dr. Muhamad Luqman Hussin berkata, pihaknya membantu pemuda tersebut kerana keluarganya hi­dup dalam serba kekurangan.

“Ayah Mohamad Rafezi, Ros­lan Jaafar meninggal dunia setelah menghidap kanser yang sama selepas beberapa jam menjalani pembedahan. Ketika itu, Moha­mad Rafezi baru berusia 15 tahun.

“Dia hilang tempat bergantung sejak usia muda lagi. Keluarganya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang tinggi,” katanya kepada pemberita ketika Ziarah Kaseh POKB di Kampung Tukang Dollah, di sini semalam.

Muhammad Luqman berkata, pihaknya akan memastikan pemuda tersebut mendapat rawatan yang terbaik.

Katanya, POKB akan cuba mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ba­gi membantu ibu remaja tersebut, Faridah Yussof, 51, yang meng­harap­kan duit pencen suaminya sahaja.

“Ziarah hari ini bukan yang terakhir dan kita akan datang lagi bagi melihat perkembangan Mohamad Rafize setelah menjalani rawatan.

“Dia sememangnya patut dibantu apabila terpaksa bercuti daripada bekerja di kilang Ain Medicare Sdn. Bhd. setelah didapati menghidap penyakit tersebut,” katanya.