Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga merupakan Yang Dipertua Maik berkenan menerima zakat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi dan Ketua Operasi Kumpulan PNB, Datuk Idris Kechot.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pembayaran zakat perniagaan oleh Kumpulan PNB dikira mengikut ‘haul’ serta ‘nisab’ yang sudah ditetapkan.

Katanya, zakat perniagaan itu tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang akaun unit amanah yang melabur dalam tabung dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). - UTUSAN ONLINE