Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, program yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran itu adalah salah satu usaha kerajaan menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.


Beliau berkata, pelbagai aktiviti kebudayaan, permainan dan sukan disediakan termasuk pameran makanan dan jualan yang disertai hampir 100 usahawan.


“Kita berharap Pesta Kelantan akan menjadi satu jenama dan tersenarai sebagai acara tetap dalam kalendar pelancongan negeri ini.


“Kita juga mahu memberi peluang kepada usahawan tempatan berniaga di samping aktiviti untuk keluarga dan anak muda.


“Antara program menarik dalam pesta ini adalah persembahan kebudayaan; Malaysia Comics and Collectables Fair (MCCF) 2017; Neon Night Run; sukan ekstrem dan wayang pacak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia negeri Kelantan, Hafiz Hazin.


Pesta Kelantan anjuran Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) negeri dengan kerjasama Syarikat Vinspire Sdn Bhd yang berlangsung selama 10 hari itu dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 11 malam setiap hari. - UTUSAN ONLINE