Sepanjang bengkel tersebut, para peserta diberikan diberikan pendedahan dengan cara solekan yang betul untuk membantu mereka menjadi usahawan dalam bidang kecantikan.

Urusetia program itu, Siti Aesah Abdullah berkata, bengkel tersebut merupakan salah satu usaha pihaknya untuk membantu golongan wanita menambah pendapatan keluarga.

“Selain bengkel ini kita turut memberikan latihan kemahiran kraftangan, masakan, mengurut dan jahitan.

“Semua program yang disediakan ini diberikan secara percuma dengan tujuan membantu wanita menceburkan diri dalam bidang yang mereka minati,{ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Keusahawanan PPWNK di sini semalam.

Bengkel tersebut diadakan de­ngan kerjasama Giffarine Malaysia.

Sementara itu, seorang peserta, Wati Che Kasim, 44, berkata, dia menyertai bengkel tersebut kerana mahu mendalami ilmu solekan dengan guru profesional.

“Saya lebih yakin apabila melibatkan diri dalam sesuatu bidang selepas mendapat ilmu yang secukupnya.

“Kami amat bertuah kerana mendapat pendedahan ini daripada PPWNK,” katanya.