Program itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Polis Ke-210 dan Program Community Policing.

Ketua Polis daerah, Superintenden Rajab Ahad berkata, aktiviti tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara polis dengan masyarakat serta agensi kerajaan.

Katanya, selain memupuk gaya hidup sihat, program itu juga memberi fokus kepada konsep mesra rakyat dalam usaha mendekati komuniti di peringkat akar umbi.

“Program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk bermesra dengan pegawai dan anggota polis.

“Hubungan yang baik dapat membantu membanteras jenayah yang bukan sahaja berlaku di bandar tetapi juga di kampung,” katanya.