Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, pendedahan tersebut bagi membolehkan mereka menjadi kumpulan sokongan ke­­pada anggota bomba sekiranya berlaku kebakaran di jajahan berkenaan.

Menurutnya, langkah tersebut merupakan salah satu penambah­baikkan bagi memperkasakan la­gi ilmu dalam kalangan anggota penguat kuasa dan pemandu lori tangki.

“Hasrat kita supaya anggota penguat kuasa dan pemandu lori tangki dapat membantu sekiranya berlaku kecemasan. Lagipun kita berkongsi kementerian yang sama dengan jabatan bomba,” katanya.

Rosnazli memberitahu, pihak­nya turut mendedahkan ilmu menyelamat di air dalam kalangan para peserta.

Katanya, pendedahan ini bagi memastikan ilmu tersebut dapat terus dimanfaatkan seandainya berlaku kecemasan.