Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penduduk tubuh kelab berbasikal

SEBAHAGIAN peserta kayuhan dari tiga kampung bergambar di kaki
SEBAHAGIAN peserta kayuhan dari tiga kampung bergambar di kaki Bukit Keluang, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 6 Sept. – Minat yang sama telah menyatukan penduduk di tiga buah kampung di sini untuk menubuhkan kelab berbasikal sebagai salah satu cara beriadah dan menyihatkan tubuh badan.

Malah sejak ditubuhkan dua bulan lalu, ahli kelab dari Kampung Cherang Ruku, Kampung Besar dan Kampung Dalam Rhu kini aktif berbasikal di sekitar daerah ini dan Besut, Terengganu pada setiap hujung ming­gu.

Peserta kayuhan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan pentadbiran, pesara, guru, kakitangan kerajaan, peniaga, petani dan nela­yan tanpa mengira usia.

Seorang peserta kayuhan tersebut, Wan Abdul Hisyam Wan Noh, 48, berkata, program yang diadakan secara santai adalah aktiviti riadah harian untuk kesihatan badan selain bekerjasama menjayakan program-program tertentu termasuk me­rayakan Hari Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Menurutnya, pada peringkat awal, mereka berkayuh secara solo atau bersama ahli keluar­ga sebelum bertemu dan bergabung menjadi satu kumpulan bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat terhadap pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pada hari biasa kebanyakan mereka mengayuh basikal bersama rakan sekampung namun pada hujung minggu kami bergabung untuk satu kayuhan khas yang melibatkan jarak yang lebih jauh,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi peserta, Zailani Ya, 49, berkata, setakat ini lebih 30 pemilik basikal berjaya dikumpulkan dan jarak kayuhan yang paling jauh setakat ini ialah 38 kilometer bermula dari pekan Cherang Ruku hingga ke pusat peranginan Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

“Konsep kami bukan mementingkan pertandingan atau spesifikasi basikal mahal te­tapi lebih kepada permuafakatan, kerjasama dan setia kawan sepanjang kayuhan dijalankan.

“Syukur sepanjang sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini kita sempat singgah ke rumah tokoh pemimpin dan tempat yang bersejarah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain