Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa berkata, ini kerana keadaan cuaca pada masa sekarang yang terlalu kering.

“Cuma hari Khamis dan Jumaat lalu ada kawasan-kawasan tertentu yang mengalami hujan seperti di Machang hujan turun selama dua jam.

“Walau bagaimanapun, ini masih tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air untuk penaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan Hasil Padi dan Zakat Ladang Merdeka Mulong Musim 1/2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris

Proses pembenihan awan dilakukan untuk membantu mengatasi masalah bekalan air melibatkan tiga daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok dengan jumlah keluasan 6,000 hektar.

Usaha itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Kelantan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. - UTUSAN ONLINE