Penyelia Tadbir mahaad itu, Che Abdul Razak Che Mahmood berkata, Maahad Tahfiz Daril Naim berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan memiliki tenaga pengajar profesional serta berpengalaman dalam pelbagai bidang.

Katanya, pendaftaran kini dibuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur antara 13 hinga 17 tahun dengan syarat utama berminat menghafal al-Quran serta boleh membaca dan menulis jawi.

“Kelayakan minima untuk pelajar tingkatan satu hanyalah pencapaian 2A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mereka akan ditemuduga pada pertengahan Disember depan.

“Yuran pengajian adalah berpatutan iaitu sebanyak RM350 namun tertakluk kepada perubahan semasa kerana melibatkan perbelanjaan asrama, makan minum, eletrik, air dan dobi,” katanya ketika ditemui di Majlis Restu Ilmu Maahad Tahfiz Daril Naim, baru-baru ini.

Che Abdul Razak juga berkata, pada tahun depan, pihaknya menawarkan pengajian Kitab Turath secara percuma kepada pelajar baharu pengajian Sijil Tinggi Ugama Pondok yang diiktiraf Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk lulus dan fasih 10 juzuk al-Quran.

“Peluang ini kita tawarkan kepada lepasan Sijil Menengah Ugama (SMU) atau pelajar sekolah harian biasa yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program pengajian ini hanya terhad kepada 10 lelaki dan 15 perempuan,” katanya.