Yatimin, 34, menewaskan 14 pencabarnya yang terdiri daripada petugas media di negeri ini bagi kategori lelaki manakala Hazelen Liana Kamarudin, 34, pula mengetepikan 14 saingan lain bagi kategori wanita.

Yatimin berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram (kg) manakala Hazelen turun 12 kg selepas mengamalkan diet sihat dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat serta bersenam sepanjang tiga bulan program tersebut berlangsung.

Selaku pemenang, pasangan itu masing-masing menerima wang tunai RM1,000, pingat dan sijil disampaikan oAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd. Adanan Hassan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

SEBAHAGIAN daripada peserta program Kemudi's Biggest Loser 2018. - UTUSAN ONLINE
SEBAHAGIAN daripada peserta program Kemudi's Biggest Loser 2018. - UTUSAN ONLINE

Naib johan kategori lelaki dimenangi jurugambar News Strait Times Press (NSTP) Nik Abdullah Nik Omar, 44,  manakala tempat ketiga, Chia Chee Lin, 42 (jurukamera Astro Awani)

Tempat kedua ketegori wanita dimenangi wartawan Bernama, Rohaiza Ab. Rahman, 40, manakala tempat ketiga, Hanifah Hamzah, 45. (Utusan Malaysia)

Pemenang tempat kedua dan ketiga masinga-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM700 serta RM500.

Sementara itu, Presiden Kemudi, Azran Fitri Abdul Rahim berkata, program tersebut julung kali diadakan dan bertujuan membantu pengamal media untuk sentiasa cergas walaupun dalam kesibukan bekerja.

Katanya, Kemudi bercadang untuk meneruskan program pada tahun depan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media di seluruh negeri ini. - UTUSAN ONLINE