Hizani Ibrahim
Hizani Ibrahim

Selain Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM) yang tampil me­nghulurkan bantuan segera, pen­deritaan keluarga Laila Jusoh, 37, turut mendapat perhatian orang ramai yang menghubunginya untuk menyalurkan sumbangan.

Pegawai JKM daerah, Hizani Ibrahim berkata, pihaknya me­nyalurkan bantuan wang segera RM300 untuk keluar­ga berkenaan.

Katanya, anak ketiga pasangan itu, Mohamad Fadhil Ikhwan, 14, yang terlantar sakit te­lah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2016.

“Kita juga memberi bantuan bulanan kepada suaminya, Hariff Hamzah, 47, sebanyak RM200 sebulan bagi kategori pesakit tidak terlantar.

“Hariff baharu sahaja mendapat bantuan kerana terkena serangan angin ahmar yang menyebabkan sebelah ta­ngannya tidak dapat bergerak.

“Kita berharap go­longan miskin boleh menghubungi JKM ke­rana kami mempunyai pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Laila ketika dihubungi bersyukur dan terharu dengan sumbangan pelbagai pihak kerana sedikit sebanyak da­pat membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.

Hari ini, Utusan Malaysia me­laporkan sebuah keluarga di Kampung Lebir di sini terpaksa menggunakan wang bantuan bulanan daripada JKM seorang anaknya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) akibat ke­sempitan hidup.

Laila bersama suami dan lima anaknya yang berusia antara empat tahun hingga 18 tahun juga terpaksa tinggal di rumah transit sejak lebih 2 tahun lalu selepas kediaman mereka musnah di­hanyutkan arus banjir.