MUSTAPA MOHAMED

Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu akan turut disertai oleh Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Moha­med; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilaya, Datuk Ahmad Jaz­lan Yakoob serta pemimpin tem­patan.

Menurut kenyataan yang di­keluarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini, di antara aktiviti yang diadakan ialah kayuhan basikal untuk 30 kilometer (km) dan 10 km serta larian 10 km dan lima km.

Katanya, selain itu, turut di­adakan acara senamrobik, zum­ba dan body combat, setiap pe­serta akan menerima medal ser­ta pek makanan ringan.

Khairy dan Mustapa akan turut menyertai kayuhan basikal tersebut.

KHARY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan negeri ditalian 09-7661200 dan Pejabat Belia dan Sukan Bachok, 09-7787811 atau melalui laman web, www.fit.my serta www.rjevent.com.my.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Julai ini.