Selain Mohd. Amar, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kota Lama, di sini di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Mohammad Fa-Iz Petra.

Yang turut hadir pada istiadat mengangkat sumpah tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang telah mengangkat sumpah Khamis lalu.

Seramai enam muka lama dikekalkan sebagai Exco iaitu Mohd. Amar; ADUN Temangan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan; ADUN Meranti, Datuk Nassuruddin Daud; ADUN Pengkalan Pasir; Datuk Hanifa Ahmad; ADUN Kemahang, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman dan ADUN Demit, Mumtaz Mat Nawi.

Muka baharu yang mengisi barisan Exco kerajaan negeri pula terdiri daripada ADUN Selising, Tuan Saripuddin Tuan Ismail; ADUN Kadok, Azami Mohd. Noor; ADUN Kijang, Dr. Izani Husin dan ADUN Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat. - UTUSAN ONLINE