Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mesti bermula dari
rumah – Asyraf Wajdi

Kecemerlangan pelajar tidak hanya bergantung kepada guru

ASYRAF WAJDI DUSUKI menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan
ASYRAF WAJDI DUSUKI menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan di SK Kampong Berangan, Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/HAPIZAH AZIZ

PASIR PUTEH 13 Mac - Ibu bapa perlu menyediakan asas pendidikan bermula di rumah bagi memastikan masa depan anak mereka cemerlang akademik secara berjadual.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, golongan berkenaan mesti lebih prihatin terhadap akademik anak masing-masing tanpa menye­rahkan sepenuhnya kepada guru atau pihak sekolah.

Pada masa yang sama kata­nya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencipta kejayaan untuk generasi muda demi pembangunan negara.

“Komitmen guru sudah terbukti dalam melaksanakan tugas masing-masing, tetapi kerjasama dan peranan ibu bapa penting dalam melengkapkan pendidikan dan pengajaran yang diberikan termasuk juga peranan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

“Kerajaan pula peka dengan keperluan pendidikan tersebut dan menyediakan peruntukan yang besar dalam melaksanakan program berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pe­nyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan dan Mesyua­rat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan di sini, semalam.

Yang turut hadir Yang Dipertua PIBG SK Kampong Berangan, Datin Rapiah Mohd. Zin dan Guru Besar, Mohamed Rusli Awang Hamat.

Asyraf Wajdi berkata, guru-guru telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan pastinya akan memberikan rahmat yahg besar kepada anak-anak.

“Mereka pastinya tidak melupakan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh gurru -guru kepada mereka dan mengingatinya hingga ke akhirnya,” katanya.

Katanya, tidak ada perkara yang paling menggembirakan guguru dan ibu bapa apabila anak-anak didik mereka menjadi insan seimbang dan muncul sebagai warga negara berguna.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain