Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa Wan Rodzi Wan Dullah mahu menghidupkan mercun buatan sendiri di atas tapak tangannya.

Kata Wan Rodzi, dia telah menasukkan belerang yang diambil dari mercun bola dan memasukkan ke dalam batang besi untuk dijadikan mercun.

“Semasa cuba mencucuh sumbu mercun tersebut secara tiba-tiba meletup sebelum saya berasa sangat sakit di tangan kiri.

“Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur terkena serpihan besi dan letupan belerang tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE