Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MDPP bina taman rekreasi awam

MOHD. ANIS  HUSSEIN  (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada
MOHD. ANIS HUSSEIN (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar berkeperluan khas dalam Majlis Jamuan Aidilfitri Pejabat Tanah dan Jajahan dan MDPP di Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 17 Julai – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) yang bakal bertukar statusnya kepada Majlis Perbandaran Pasir Puteh (MPPP) pada tahun hadapan turut membangunkan sebuah taman rekreasi awam yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bernilai RM10 juta.

Yang Dipertua MDPP, Mohd. Anis Hussein berkata, taman rekreasi itu akan dibina di kawasan seluas lapan hektar di Bukit Gedombak dekat sini itu turut dilengkapi dengan trek jogging, gelanggang sepak takraw, kiosk jualan, dewan dan jeti rekreasi air.

Menurutnya, bekas tapak pelupusan sampah sementara itu ditebus semula untuk dijadikan taman rekreasi bagi meningkatkan imej bandar ini sebagai daerah yang kedua memiliki taman awam selepas Kota Bharu.

‘Keindahan flora dan fauna serta struktur alam semulajadi itu bakal menjadi tumpuan awam untuk bersantai, beriadah dan merehatkan minda bersama ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri Pejabat Tanah dan Jajahan dan MDPP, di sini, baru-baru ini.

Mohd. Anis yang juga Ketua Jajahan Pasir Puteh turut me­nyampaikan sumbangan kepada anak-anak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan kelas berkeperluan khas.

Beliau berkata, dalam usaha mencapai status MPPP, pihaknya memerlukan sokongan seluruh masyarakat di daerah ini untuk melaksanakan pelan pembangunan demi kebaikan bersama.

“Ini termasuk Projek Pertumbuhan Pasar Komuniti Bandar Baharu Cherang Tuli dengan kerjasama syarikat Northern Coral Sdn. Bhd., yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 86 hektar di Mukim Padang Pak Amat yang sudah diluluskan untuk dibangunkan.

“Menerusi projek ini sebanyak 1,500 unit kediaman pelbagai kos, lot perniagaan, pasar ke­ring, pasar basah, perhentian bas dan teksi, dewan, surau, dataran awam dan kawasan lapang serta permainan akan disediakan.

“Ia pastinya akan membawa kepada pertumbuhan kawasan baharu yang maju selain memberi impak pembangunan yang akan diwujudkan di Tok Bali,” katanya.

Tambah beliau, Pasir Puteh Sentral yang bernilai RM100 juta yang menempatkan pasar, terminal bas dan teksi, kedai, pejabat dan pasar raya juga menjadi sandaran penduduk untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi pelbagai bidang perniagaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain