Yang Dipertua MDB, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, ini termasuk memastikan lokasi bandar, pekan dan pantai sentiasa dalam keadaan bersih.

Beliau berkata, petugas yang ditetapkan telah menjalankan tugasan rutin termasuk meng­angkut sampah sehingga waktu malam.

“Lokasi utama yang melibatkan pusat peranginan kita pastikan bersih daripada sampah walaupun sehelai daun supaya tidak mencacatkan pemandangan.

“Kita juga mengadakan gotong-royong mingguan pada se­tiap Jumaat atau Sabtu di sekitar bandar ini, stesen bas dan premis perniagaan yang berdekatan de­ngan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Nik Mohamed berkata, pihak­nya telah menyediakan tong sampah yang mencukupi bukan sahaja untuk kegunaan pengunjung tetapi mencakupi keperluan peniaga di sekitar bandar ini.

Menurutnya, papan tanda menjaga kebersihan bandar yang diletakkan di kawasan strategik banyak menyedarkan semua pihak untuk terus mengekalkan disiplin dan tidak membuang sampah di merata tempat.

“Kebersihan yang ditingkatkan turut mencakupi lokasi pekan Jelawat, Pekan Beris Kubur Besar dan juga pekan Tawang,” katanya.

Tambahnya, aspek kebersihan dijadikan agenda utama dalam piagam pelanggan MDB selari dengan gelaran daerah ini yang ter­kenal sebagai pusat pelancongan Islam di negeri ini.