Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Mohamad berkata, mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, ditemukan dua nelayan pantai yang sedang memukat kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian lemas.

Menurutnya, nelayan terbabit, Zuhaimi Abdullah, 54, bersama Abdul Kadir Mat Hassan,63, segera membawa mayat mangsa yang memakai baju T hijau dengan tulisan ‘Thailand’ ke jeti sebelum menghubungi polis.

“Mayat mangsa masih dalam keadaan baik. Pengecaman dibuat anggota keluarganya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mayat mangsa terakhir pasir jerlus Pantai Tok Bali ditemukan
MAYAT mangsa pasir jerlus di Pantai Tok Bali, Kelantan diangkat anggota Angkatan Pertahanan Awam  dan polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. - UTUSAN ONLINE

Dalam kejadian 10.30 pagi semalam kanak-kanak terbabit lemas bersama empat lagi anggota keluarganya ketika mandi berhampiran sebuah chalet yang disewa keluarga mereka sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Empat lagi mangsa yang maut ialah Yazul Bahari Yaakob, 46; Yazrina Yaakob, 37; Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10 dan Zulaika Suhaimi, 10. - UTUSAN ONLINE