Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Parlimen Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, agihan tersebut melibatkan penerima untuk fasa pertama.

Menurutnya, terdapat dua lagi fasa agihan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan mangsa-mangsa bencana alam tersebut menikmati bantuan berkenaan.

“Setiap mangsa banjir ini me­nerima bantuan berjumlah RM500.

“Bantuan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membela nasib rakyat yang ditimpa musibah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hanafi dalam pada itu menyeru penerima bantuan supaya memanfaatkan sumbangan tersebut dengan sebaik mungkin.

Katanya, rakyat Kelantan cukup beruntung apabila memiliki pemimpin yang cakna walaupun negeri ini berada di bawah pembangkang.

“Apa yang dilakukan oleh Ke­rajaan Persekutuan ini jelas me­nunjukkan bahawa Kelantan tidak pernah dianaktirikan atau didera sebagaimana dakwaan pihak tertentu,” katanya.