Sejak dibuka 29 Mei lalu, Restoran Box 26 itu dikunjungi lebih 1,000 pengunjung setiap hari disebabkan keenakan masakan serta lokasinya yang strategik.

Shazwan berkata, gabungan idea daripada ibu bapa dan tujuh adik beradik juga membolehkan restoran itu mempunyai peralatan kerusi meja yang direka menggunakan barangan antik motosikal lama dan tong dram yang dijadikan kerusi.

Katanya, restoran dua tingkat itu mampu menampung 400 pelanggan pada satu masa.

“Setiap hari kami menyediakan sebanyak 35 ekor ayam, lebih 10 kilogram perut dan paru serta pelbagai lagi ramuan bermula dari pukul 8.30 malam sehingga 2 pagi.

“Selain itu, kita juga menyediakan 'colek' buah seperti nenas, jambu merah, jambu batu, betik dan mangga,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Shazwan berkata, dia bercita-cita untuk me­ng­­­hidangkan makanan itu secara santai di pinggir sungai.

Menurutnya, Box 26 tidak ma­hu harga menjadi halangan kepada pelanggangnya untuk menikmati makanan kegemaran ramai itu.

“Colek ini disediakan dengan harga promosi iaitu sepinggan untuk satu hingga dua orang RM5, tiga hingga empat orang (RM30) dan lima hingga enam orang (RM45).

“Kami mempunyai perancangan untuk mempopularkan makanan lain seperti masakan Thai dan Barat selepas Ramadan ini,” katanya .