Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi berkata, pada tahun lalu, sebanyak RM182 juta berjaya dikutip melebihi sasaran RM180 juta.

Walau bagaimanapun katanya, kutipan zakat diperoleh Maik setakat ini baru mencecah RM13.3 juta berban­ding RM23.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu iaitu menyusut 44.46 peratus.

“Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencapai sasaran ditetapkan.

“Hampir 40 hingga 50 peratus kutipan zakat ini akan diserahkan kepada golongan asnaf yang memerlukan dan setakat ini, terdapat 52,000 penerima zakat di seluruh negeri direkodka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Agrobank, di sini hari ini.

Zakat perniagaan sebanyak RM35,000 itu disampaikan oleh Ketua Unit Perhidmatan dan Jualan Agrobank Wilayah Kelantan Terengganu, Suhaili Mohd Razali.

Sementara itu, Suhaili berkata, sumbangan zakat itu bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf secara langsung dengan mengurangkan masalah kewangan yang dihadapi mereka.

“Sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, pihak Agrobank harap usaha murni ini dapat membantu golongan asnaf menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik, “ ujarnya. -UTUSAN ONLINE