Akibatnya, ayah kepada tiga anak itu tidak mampu untuk membuat sebarang kerja dan ha­nya terlantar di rumah sehingga menjejaskan mata pencarian keluarga.

“Sekarang ini saya terpaksa berehat di rumah. Saya berhenti kerja kilang kira-kira setahun lalu. Saya terpaksa menjalani hemo­dialisis tiga kali seminggu di Pusat Dialisis di Kubang Kerian.

“Walaupun tiada kudrat, saya terpaksa menunggang motosikal untuk mendapatkan rawatan itu kerana itu sahaja kenderaan yang ada.

“Sejak berhenti kerja, saya menerima bantuan bulanan seba­nyak RM500 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang juga menanggung kos rawatan saya selama ini,” luahnya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Beris Lanjut, Panji, baru-baru ini.

Kisah derita keluarga itu mendapat perhatian netizen di Facebook apabila masing-ma­sing berkongsi rasa simpati ter­hadap nasib yang menimpa mereka.

Sementara itu, isteri Mohammad Romzi, Norhamizah Mohd. Yusof, 25, berkata, dia pernah terputus bekalan makanan akibat tiada wang.

Malah, Norhamizah juga terpaksa berhenti kerja di kilang yang sama kerana perlu menjaga ketiga-tiga anaknya ditambah pula suaminya sering mengadu sesak nafas.

“Saya jarang dapat menyediakan hidangan lauk seperti ayam, ikan atau daging untuk anak-anak. Ini kerana, sewa rumah sebulan sudah RM200, duit lebih pula buat bayar yuran bulanan anak yang belajar di tadika.

“Jadi, anak-anak selalu dapat makan nasi berlaukkan kicap de­ngan telur. Pergi tadika pun saya bagi bekalan makanan ringan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin ­me­ringankan beban keluarga ber­kenaan boleh menghu­lur­kan sumbang­an di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Norhamizah 0301041000419146 atau meng­hubunginya di 017-9452098.