Mereka hadir bersama keluarga masing-masing dan meluangkan masa selama sejam membaca kitab suci al-Quran yang bermula pukul 12 tengah hari.


Yang turut hadir, Timbalan Yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Islam Melayu Kelantan (MAIK), Dr. Nik Mohd. Azlan Ab. Hadi dan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Mejar (B) Adnan Hashim.


Program berkenaan telah dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan Al-Baqarah ayat 1-5 yang dipimpin oleh pelajar Mahad Tahfiz Al-Hashimi, Ahmad Arif Hanif Juhari.


Sementara itu, Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu, Rosli Che Soh berkata, sambutan untuk program MALAYSIA #QuranHour di masjid berkenaan amat membanggakan.


“Sempena MALAYSIA #QuranHour ini, Masjid Muhammadi telah dibanjiri dengan pencinta-pencinta al-quran bukan sahaja ahli jemaah malah masyarakat setempat termasuk golongan belia,” katanya. -UTUSAN ONLINE