Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kewujudan Kolej Komuniti Bachok itu memberikan manfaat besar kepada penduduk setempat. 


“Kolej ini memberi penekanan yang lebih kepada penawaran kursus eletrik termasuk program pengajian harian seperti kursus membuat donut, dandanan rambut dan landskap. 


“Kolej ini dijangka beroperasi pada hujung tahun ini yang akan memberi peluang kepada penduduk setempat menjalani pendidikan sepanjang hayat serta latihan vokasional,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penubuhan Kolej Komuniti Bachok, di sini hari ini. 


Yang turut hadir ialah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang Adek Hussin. 


Kolej Komuniti yang dibina di seluruh negara menawarkan lebih 20 kursus pengajian diploma dan 50 sijil kemahiran. -UTUSAN ONLINE