Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kok Lanas hub ternakan kelulut

KADA peruntukan RM52,000 bantu 20 peserta perintis

Md. Alwi Che Ahmad (tiga dari kiri) melihat koloni kelulut dalam
Md. Alwi Che Ahmad (tiga dari kiri) melihat koloni kelulut dalam Majlis Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Berskala Kecil 2017 di Kampung Padang Upeh, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 10 Mei - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berhasrat untuk menjadikan Kok Lanas sebagai hub penternakan kelulut.

Pengerusinya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, bagi menja­yakan hasrat berkenaan, pihak­nya telah memperuntukkan sejumlah RM52,000 untuk bantuan kepada 20 peserta yang bakal menjadi perintis dalam program tersebut.

“Untuk 20 peserta pertama ini, kita memberi bantuan lima koloni dan tiga anak pokok belimbing ke­pada setiap seorang peserta sebagai sumber makanan kelulut.

“Sebelum menerima bantuan ini, mereka juga telah diberi latihan serta kursus terlebih dahulu supaya dapat memahami selok belok penternakan kelulut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas Majlis Pe­nyampaian Bantuan Program Pe­ningkatan Pendapatan Petani Ber­skala Kecil 2017 di Kampung Pa­dang Upeh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar KADA, Mohd. Ridzuan Ismail.

Pada majlis berkenaan, para perserta juga turut diberi pendedahan mengenai penternakan kelulut oleh pengusaha kelulut tempatan, Kamarulzaman Nasir.

Dalam pada itu, Md. Alwi ber­kata, peserta yang terlibat ini di­pilih berdasarkan minat mereka terhadap penternakan kelulut.

“Menerusi penternakan kelu­lut ini, peserta akan mampu me­raih pendapatan di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

“Selepas ini kita akan menambah bilangan peserta kerana kita mahu melahirkan penternak kelulut yang berjaya,” katanya.

Tambah beliau, para peserta juga akan dibantu memasarkan madu kelulut yang dihasilkan mengikut harga pasaran yang ditetapkan.

“KADA akan melahirkan seorang usahawan yang akan membeli serta memasarkan produk madu kelulut ini. Oleh itu, peserta tidak boleh menjual dengan harga yang murah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain