Pengerusi Kobimbing, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, pihaknya amat komited untuk membantu golongan tersebut khususnya bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan tersebut pada setiap hujung tahun menjelang sesi persekolahan baharu.

"Bagi golongan asnaf, tentunya mereka mengalami kesulitan dan ini membuatkan Kobimbing terpanggil untuk sama-sama meringankan beban mereka," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua PIBG SK Sri Bemban, Datuk Roomai Nor Ali

Kobimbing merupakan sebuah koperasi kredit yang memberikan perkhidmatan kewangan sebagai aktiviti teras selain daripada aktif dalam perniagaan hartanah; projek perumahan; Ar Rahnu; tadika; takaful; makanan dan lain-lain lagi.

Koperasi yang berpangkalan di ibu negara ini baru sahaja dinobatkan sebagai koperasi ke-20 terbaik di negara ini dalam indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). - UTUSAN ONLINE