Aimi Jusoh

Pengerusinya, Datuk Aimi Jusoh berkata, kilang tersebut dijangka kembali beroperasi pada penghujung tahun ini selepas ditutup akibat kerosakan pada alat pengering padi.

Menurutnya, sebanyak 200 hingga 300 tan metrik padi boleh diproses di kilang itu apabila kembali beroperasi nanti.

“Kerja-kerja pengujian mesin sedang jalankan dan menunjukkan petanda positif sebelum kilang tersebut dibuka sepenuhnya nanti,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kangkong Ke-42, di sini hari ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Ali Sheikh Ahmad.

Aimi berkata, pihaknya berterima kasih kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana sudi menghulurkan bantuan untuk menghidupan semula kilang berkenaan.

“Sumbangan berjumlah RM900,000 itu mengembalikan semula keceriaan kepada petani untuk memasarkan hasil padi selepas berdepan sedikit kesukaran sebelum ini,” katanya.