HASANUDDIN HASSAN
HASANUDDIN HASSAN 

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, statistik menunjukkan peningkatan rampasan ketum berbanding dua tahun lalu.

“Pada 2017, kita merampas 9,904 kilogram daun ketum dan meningkat hampir 100 peratus pada 2018 iaitu kepada 18,328 kilogram.

“Jadi kita percaya penagih dadah menjadikan daun ketum sebagai alternatif dan salah satu jalan jika tidak cukup duit untuk membeli dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Hasanudin berkata, pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 14,566 kes dadah dengan tangkapan seramai 17,741 orang dengan nilai rampasan dadah hampir RM33.6 juta.

“Kategori pekerjaan suspek dadah yang ditahan melibatkan 95 kakitangan kerajaan, peniaga (155), nelayan (13), penganggur (7,801) manakala 9,316 lagi lain-lain pekerjaan.

“Sehubungan itu, kita menggandakan usaha bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini,” katanya.