Malah mereka yang menemani anak-anak mengambil keputusan ujian tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Datu’ Hashim di sini juga menyambut baik Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang tidak hanya fokus kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kesemua pelajar tanpa mengira tahap pencapaian masing-masing berpeluang naik ke atas pentas bagi menerima PPSR masing-masing daripada Guru Besar, Rohani Rajab.

Seorang bapa, Zumri Hassan, 51, dari Kampung Tanjung Baru di sini berkata, sistem baharu yang diperkenalkan adalah baik kerana kecemerlangan murid tidak lagi tertumpu kepada akademik semata-mata.

Beliau berkata, anaknya, Nur Amalin Husna, 12, kelihatan lebih tenang dalam mengulangkaji pelajaran dan pada masa sama dapat mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum.

“Anak saya sangat minat sukan malah mewakili sekolah dalam bola jaring.

“Saya berharap pencapaian anak saya dalam kesemua empat komponen dalam PPSR diambil kira dan membolehkannya beroleh tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP),” katanya. - UTUSAN ONLINE