Pengerusinya, Datuk Abd. Aziz Derashid berkata, sebelum ini, daerah tersebut berada di luar daripada dua agensi pertanian yang besar di negeri ini iaitu Kesedar dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).


Menurutnya, keadaan tersebut membuatkan petani di daerah itu tidak mendapat bantuan yang secukupnya untuk memastikan kawasan mereka dibangunkan.


“Sebab itulah Kesedar mohon kerjasama Kerajaan Pas Kelantan untuk memberikan tanah kepada kita bagi memajukan kawasan berkenaan.


“Begitu juga dengan sebahagian dengan kawasan di jajahan Tanah Merah. Apa yang kita lakukan ini adalah bertujuan membantu rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri Bersama Pengamal Media negeri ini di Hotel Perdana, malam tadi.


Yang turut hadir Pengurus Besar Kesedar Datuk Fazam Mat Lazim dan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Mohd. Zailani Abd. Rahman.


Abd. Aziz memberitahu, sehingga kini keluasan wilayah Kesedar berjumlah 1.23 juta hektar. -UTUSAN ONLINE.