Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Muhammad Hasif Idris yang berusia 28 tahun singgah ke masjid tersebut untuk menunaikan solat Maghrib.

Muhammad Hasif berkata, selepas solat, beliau sepatutnya menghadiri tugasan di Majlis Makan Malam Muhibah bersama Media anjuran Air Kelantan Sdn. Bhd. di sebuah hotel berhampiran.

Katanya, cermin kereta sebelah penumpang hadapan itu dipercayai dipecahkan menggunakan objek keras.

“Saya menyedari kejadian ini selepas melihat serpihan kaca bertaburan di atas jalan di sisi kereta.

"Pencuri terbabit melarikan sebuah beg sandang mengandungi perakam suara, kad media, pengecas telefon pintar serta kunci rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau telah membuat laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE