Timbalan Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Suhaimi bagaimanapun berkata, pada program kali ini pengubah suaian dilakukan dengan pihak penganjur akan turun berbuka puasa di rumah asnaf.

Beliau berkata, pihaknya akan turun ke rumah asnaf sebanyak tiga kali seminggu disamping turut memberikan sumbangan barangan keperluan.

“Jika tahun lalu kami membawakan makanan hotel untuk asnaf bersahur tetapi kali ini, kami membawa makanan hotel kepada asnaf untuk berbuka puasa.

“Kami mahu mereka merasai nikmag seperti mana umat Islam lain ketika Ramadan malah kami mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif RGH, Raja Rusmin Raja Mahmud; Presiden Kemudi, Azran Fitri Rahim dan Pengarah Operasi KCTV, Norazwatul Akmal Kasmuri.

Sementata itu, Raja Rusmin berkata, kerjasama yang dijalinkan pada tahun lalu diteruskan kerana telah memberikan impak yang sangat baik.

“Kita lihat, dengan kerjasama bersama pihak media ini akan membuka ruang kepada orang ramai untuk turut sama membantu golongan yang memerlukan melalui hebahan di media cetak dan elektronik.

“Kita juga akan membuat Kita Kongsi Raya menjelang Aidilfitri seperti tahun sebelum ini, kita akan mengumpulkan semua keluarga yang dibantu sepanjang bulan Ramadan ini untuk membeli keperluan hari raya seperti baju dan lain-lain,” katanya.

Oranh ramai yang berminat untuk bersama-sama memberikan sumbanhan boleh menghubungi Setiausaha Kemudi, Rosmiza Kassim ditalian 0128488301. - UTUSAN ONLINE