Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kembara Rimba

SEBAHAGIAN pemilik kenderaan pacuan empat roda yang akan menyertai
SEBAHAGIAN pemilik kenderaan pacuan empat roda yang akan menyertai Kembara Rimba JST bulan depan.

KOTA BHARU 19 April - Gabungan kelab pacuan empat roda di bawah Jaringan Sosial Telekomunikasi (JST) akan menganjurkan Kembara Rimba JST bulan depan dengan melibatkan trek yang mencabar.

Pengurus Besar JST, Nik Mustafa Almuai berkata, kembara dua hari tiga malam itu melibatkan laluan di Lata Senyum di Chuchuh Puteri, Kuala Krai dengan merentasi beberapa kampung di pendalaman seperti Kuala Pertam, Sungai Mas dan Batu Balai.

Beliau berkata, trek tersebut akan memberi peluang kepada peserta menikmati perjalanan lasak, menikmati keindahan hutan, alam flora dan fauna serta menyelami kehidupan Orang Asli.

“Laluan pertama bermula selepas peserta menikmati madu kelulut di Pusat Pengeluaran Madu Kelulut, Trigona, di Pasir Puteh.

“Persinggahan awal adalah di Lata Rek sebelum meneruskan per­­jalanan ke hutan dan berma­lam berhampiran Lata Sinar di Hutan Simpan Sungai Rek.

“Kembara yang dibahagikan kepada tiga trek itu turut memberikan peluang kepada peserta menyer­tai aktiviti rondaan hutan waktu malam,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Nik Mustafa berkata, trek pertama sejauh lebih 400 kilometer itu diteruskan dengan meredah Hutan Simpan Lebir menuju Taman Negara Kuala Koh untuk menjalankan pelbagai aktiviti lasak.

Menurutnya, para peserta juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli sebelum ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah dan Perkampu­ngan Gajah di Tasik Kenyir.

“Pakej yang diperkenalkan ini adalah dengan kerjasama beberapa jabatan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pelancongan akan turut memberi fokus membangunkan konsep pelancongan alam semulajadi.

“Trek kedua pula bermula di Gua Musang dengan jelajah perkampungan Orang Asli dan menikmati keindahan gua batu kapur manakala trek ketiga adalah di Tanah Merah dan Kuala Krai dengan meredah Hutan Simpan Sokor dan bermalam di kaki Gunung Stong,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain