Ahmad Syakir Azfar,16, pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi yang hanya mampu terbaring di atas katil di Hospital Kuala Krai di sini mengalami pendarahan endomen selain kesan kecederaan di bahagian buah pinggang.

Abdul Rahim berkata, dia terus menitip doa agar Ahmad Syakir dapat sembuh seperti sedia-kala seterusnya dapat menyambut hari raya bersama keluarga.

“Saya harap Ahmad Syakir segera sembuh. Selepas kemalangan, dia mengalami kecederaan yang amat serius dimana berlaku begitu banyak pendarahan termasuk limpanya hancur dan terpaksa dibuang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Ahmad Syakir, beberapa rakannya yang terselamat dalam kemalangan tersebut masih mendapatkan rawatan di Hospital Machang, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat lalu, tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi maut manakala tujuh lagi parah selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Telekong.- UTUSAN ONLINE