Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, hal demikian kerana sebagai sebuah kerajaan negeri yang sah, maka tidak mustahil Kelantan boleh mendapat manfaat sama.

“Sehingga hari ini juga, kita menuntut royalti minyak berkenaan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Jadi, tidak mustahil Kerajaan Persekutuan boleh beri dan kita akan tuntut sebagaimana Sarawak lakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Keraian Pelajar ke Timur Tengah di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE