Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, saguhati berkenaan melibatkan kos lebih RM4.5 juta dan keputusan dibuat kerana pihaknya mahu memastikan kebajikan penjawat awam di negeri ini terus dibela.

“Bantuan ini akan diagihkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Penyampaian anugerah tersebut diberikan kepada 100 penjawat awam yang berkhidmat dengan cemerlang bersama jabatan masing-masing.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad. - UTUSAN ONLINE