Kesemua pelajar yang merupakan ahli Kelab Alumni Karisma - sebuah pusat tuisyen di bandar ini ke kawasan penempatan pelarian tersebut untuk menyampaikan bantuan di samping merasai sendiri kehidupan golongan itu selepas kampung halaman mereka musnah akibat peperangan.

Pengarah misi itu, Nik Marina Datuk Hussin berkata, mereka bertemu lebih 500 pelarian ketika mengujungi kediaman golongan tersebut untuk menyampaikan sumbangan makanan dan peralatan penulisan sepanjang 10 hari misi itu berlangsung bermula 3 April lalu.

“Bantuan yang kami bawa adalah sumbangan ahli kelab, golongan korporat dan orang ramai. Kesemua anggota misi amat terharu dengan keadaan dan kehidupan mereka di kawasan pelarian yang disediakan oleh kerajaan Jordan itu.

“Misi ini adalah ilham daripada ahli kelab alumni kerana mereka mahu melihat sendiri keadaan di sana, amat menginsafkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada misi itu, mereka turut melawat empat sekolah yang ditubuhkan oleh pelajar Malaysia di sekitar Amman untuk membantu masyarakat pelarian Syria.

Nik Marian berkata, pihaknya akan meneruskan bantuan kepada pelarian terutama kepada anak-anak melanjutkan pelajaran di empat sekolah tersebut.

“Bantuan kami tidak berakhir sebaik sahaja misi ini selesai, kami akan memberi bantuan kepada anak-anak pelarian berusia empat tahun sehingga 14 tahun melalui sekolah ini supaya mereka mendapat pendidikan sempurna.

“Insya-Allah sekiranya ada lagi rezeki, kami akan ke sana lagi untuk meneruskan misi kemanusian ini,” katanya.