Lebih manis lagi buat pertama kalinya, kejohanan itu telah di­rasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan.

Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang (MBJGM), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, program itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, MBJGM dan Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang.

Beliau berkata, kejohanan itu diadakan sebagai platform untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan belia.

“Sukan futsal merupakan program riadah serta gaya hidup sihat. Setiap tahun kejohanan ini mendapat sambutan yang amat meriah daripada penduduk setempat ke­rana lebih 150 orang menyertai­nya,” katanya di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Jajahan Gua Musang, Ab. Aziz Yusoff dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin.

Dalam majlis tersebut turut diadakan sesi penyerahan jersi kepada semua peserta di mana Bibi Ramjani turut menandatangani bola sebagai gimik perasmian.

Sementara itu, Bibi Ramjani dalam ucapannya menyokong penuh kejohanan seperti ini dan berharap semua pemain dapat menonjolkan bakat masing-masing.

Beliau turut menggalakkan golo­­ngan wanita untuk menunjukkan bakat bermain futsal.

“Kita berharap belia dapat bermain dengan penuh bersemangat serta bersunguh-sungguh dan men­catat kejayaan seperti pasukan Gua Musang yang cemerlang dalam Liga Bola Sepak Rakyat.

“Kita berbangga, Gua Musang menjadi johan LBR peringkat kebangsaan tahun lepas dan kini tersenarai antara 16 pasukan terbaik,” katanya.