Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noorhashimah Abdullah berkata, tempoh sebulan yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan negeri sebelum penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan pada 1 Januari lalu telah digunakan sebaik mungkin oleh pihak­nya untuk menasihati semua pemilik kedai supaya menampal papan tanda larangan merokok.

Beliau berkata, hasil tinjauan mendapati papan tanda larangan merokok di premis telah mendisiplinkan pelanggan untuk tidak merokok selain memahami dan akur terhadap kawasan larangan merokok.

“Impaknya kita dapati tiada lagi habuk serta puntung rokok bertaburan di kawasan premis sebagaimana sebelumnya.

“Persekitaran premis menjadi lebih bersih dan pelanggan yang mengunjungi premis ber­kenaan merasa lebih selamat dan selesa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 303 pre­mis makanan di daerah ini telah dilawati sepanjang tempoh berke­naan dan 89 peratus daripadanya didapati berjaya mempamerkan tanda larangan merokok.

“Notis peringatan dikeluarkan kepada yang gagal mematuhi arahan menampal papan tanda di premis masing-masing,” katanya.