Presiden Kelab Basikal Gunung (MTB) Kelantan, Roslan Razak yang menyertai program itu berkata, Kayuhan Muhibah itu disertai seramai 16 peserta dari negeri ini bersama 27 pengayuh Thailand menjelajah ke kawasan desa di negara itu.

Katanya, program berkenaan menjadi jambatan tautan muhibah peminat sukan berbasikal Kelantan dengan wakil dari Thailand iaitu Kelab Sear Tuk Takbai (STTT); Selindung MTB; Jakang Putu Team; Power Bike Team; Team Detarun; Hardcore Narathiwat MTB dan Budo MTB Club.

“Antara acara yang berlangsung menerusi program ini adalah kayuhan santai di sekitar bandar Narathiwat dan 'off road' di trek MTB Pek Bun, daerah Bachok, Thailand yang jauhnya lebih kurang 28 kilometer dari bandar Narathiwat.

“Kelab dari negara jiran itu menyusun kemudahan logistik dan menyediakan persegaran di sepanjang perjalanan dengan kerjasama ahli kelab mereka yang mendapat sokongan padu penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

WDC merupakan salah sebuah kelab yang bernaung di bawah MTB Kelantan.

Roslan berkata, setakat ini, pihaknya telah berjaya menyertai lebih 60 program berbasikal dalam dan luar negara menerusi takwim kayuhan yang telah disenaraikan.

Wakil MTB Selatan Thailand, Erwan Weahamat dari kelab STTT berkata, program yang julung kali diadakan perlu diteruskan pada masa akan datang dalam usaha merapatkan hubungan dulu hala menerusi kegiatan sukan dan rekreasi.

Menurutnya, program itu bukan hanya berfokus untuk aktiviti sukan tetapi juga mencakupi pelbagai aspek lain seperti mengeratkan hubungan dan mengenali lokasi-lokasi baharu di negara mereka.

Wakil penganjur dari kelab WDC, Zulkaria Muhammad ketika ditemui berkata, program itu adalah satu platform perpaduan rumpun Melayu di antara mereka dengan rakan-rakan di negara jiran berasaskan kepada minat yang sama.

“Ini adalah satu aktiviti riadah yang amat baik untuk mengeratkan lagi silatulrahim di antara rakyat dua negara berjiran.